Wednesday, December 28, 2011

cerita HIDUPSUSAH sikit ja,

Diari Lamaaa

salam haha, kalo ak cakap yang aku tak pernah pergi usik atau berada pandai di pantai semasa ak berada di MALAYSIA, mesti korang kata ak menipu haha.. tapi mmg betol pun.. ak tak pernah pegi laut dekat Malaysia.... ;')
  Laut pertama yang ak jumpa ialah laut dekat Mesir... haha, macam kelakar ja.. tapi ak takda la cakap kat kawan2 ak tak penah jummpa laut 
sebabnya dekat Malaysia daddy tak pernah bawak kami pergi jalan jauh-jauh.. setakat smpai KL tu ada la... lagi satu ak tak pernah pergi ZOO , haha macam kelakar tak?? haha.. swear ak tak pernah pergi, sebabnya kalo ada lawatan sekolah pun ak tak dapat join sebab mak abah tak cukup duit.. kesian ak.... hihi

semasa ak dlm sekolah rendah, ada satu tahun tu kami tak beli apa2 keperluan untuk sekolah just pakai tahun lepas sekolah sbabnya mum n dad tak cukup duit sb tiba2 hujung tahun tu duit byak habis perbaiki kereta rosak.. xsedih sangat, 

cuma yg sedih bila buku2 yg perlu dibeli disekolah pun abah ngn mak tak cukup duit lagi... kesian ak pergi sekolah semua orang pakai buku teks sekolah agama rendah dan juga buku tulis.. tapi ak, takda apa.. ada pensil ja.. time tu ak sangat takot dgn ustazah tu nmpak macam garang sangat.. ak pun cakap kat kawan ak pnjam buku tulis satu nanti ak ganti,, dia dgn kedekotnya cakap 'nak pinjam buku lagi la tu' dia pun tak kasi ak.. ak punya la cuak dgn ustazah sampai ak menangis tiba2 dalam kelas dan sesak dada, ak rasa sesak nafas dan jari kejang.. apa lagi ustazah kaget terus bawak ak naik kereta hantar balik rumah .. tapi masa dalam kereta tu bley plak ustazah tu mengata aku 'bila hantar balik rumah elok plak tak nangis' sampai rumah abah suruh baring berehat sapu mnyak panas kat dada.. tu la pngalaman sedih ak masa kecik awal darjah 5.. i sgt kecik dulu2 comei..

 sebenarnya ak byak merasa kesusahan kekurangan duit.. apa2 barang nak beli kat sekolah ak takot nk mintak mak sb mak selalu cakap tak cukup duit and so on.. so selalunya, ak kumpul duit belanja yg hanya rm1 setiap hari kalo rejeki baik sikit rm2 la.. tapi tu tak cukup tu, ak nak tambang naik bas lagi 60 sen.. duit makan pagi dan tgahri sebab ada kokorikulum.. duit telefon awam lagi kalo tiba2 ada koko la takda koko la, tak sistematik pmberitahuan pasal koko sekolah ak tu.. sebabnya kadang2 mak ak amik bila mak dah habis kerja.. tapi mak habis kerja pkol 5.. ak habis koko pkul 4 pm.. so bila satu jam tunggu, ak sorang2 kat stesen bas tu, sangat bahaya, pernah ada kereta berhenti nsib baik time tu bapak ak dah sampai jemput ak.. ada la time tu tiba2 ular daun jatuh dari pokok. sooo scary sorang2.. kadang2 trpaksa pinjam duit kawan 20sen nak call mak kat public phone.. kadang2 tak makan tgahari just tengok ja kawan2 makan sebab duit cukup2 tuk call atau untuk tmbang bas, dorang tanya tak makan ka, ak kata takpa dah kenyang, padahal ak tgh lapar! kawan i tak memahami i, secebis makanan pun tak mau di hulur haha.. ak pura2 lah buat kerja baca buku sambil dgr dorang makan. sb tu ak kurus gila dulu haha 

 sgt la susah hidup ak masa dulu.. duit buku rujukan nak beli pun takda... masa PMR.. sikit2 duit ak kmpul atau dapat dari nenek ak , ak beli.. kalo nak harap mak n abah pertengahan tahun baru ak dapat beli buku rujukan yg dikehendaki,, hihi tapi dulu ak rajin pegi library sekolah.. ak study kat situ dan photostat buku rujukan yg ak takda duit nak beli.. ustazah la saksi kerajinan ak.. itu pun semasa sekolah ak still di uji.. ak mrupakan plajar tunas harapan tapi ak tak dpat straight a, ak just dapat 8a 1b, and then ustazah sorang tu kerek kata kat ak,'asal awak tak dapat 9a?' hek elee.. kurang ajar gila , tapi ak sabar je la.. ak just budak sekolah ak tk dapat nk balas cakap ustazah. tapi Allah nak blas kot, anak dia dpt UPSR ada subjek yg dapat 'e'.. bila tahu teringat apa yg dia kata kat ak.. dan bila dpt 8a tu. alhamdulillah dapat rezeki byak sikit org kasi duit.. dan tanpa berlengah ak terus ke kedai buku borong buku2 rujukan.. ak balut cantik2 hihi.. suka la wei..

 ak di uji lagi time menengah atas cikgu mmbandingkan plajar dpat mrkah tggi sikit brbanding dapat mrkah kurang.. tuhan saja yg tahu betapa rasa down nya ak akan diri sendiri. tapi ak sabar ja, mentang ak kecik macam la ak ni takda perasaan.. takpa ak sabar ja lagi.. ak bnyakkan berbakti dgn mak abah masa kat rumah.. ak sabar ak kuat ak tabahkan diri.. 

 dan ak tak sangka Allah tu Maha Adil, dgn satu SLIP KEPUTUSAN(11a)  itu merubah hidup ak ke dunia yg lain, bukan lagi dunia dgn kawan2 yg ak tak serasi, guru2 yg tk jaga sangat perasaan anak murid yg lain.. ak BEBAS 100% dari mereka!! ak seorang diri berdikari tanpa kawan2 lama bermula di PLKN, INTEC SHAH ALAM, JORDAN..

 aDA juga cerita semasa di INTEC, duit elaun telah lambat masuk 3 bulan tak masuk2 lagi.. ak yg baru prtama kali brbelanja sendiri huhu, tak reti nak jimat dan duit dah habis.. ak mcm nak nangis cakap kat mak duit dah takda... dan abah mak datang jauh dari kkb ke shah alam semata2 nk bagi ak sebanyak 100ringgit/200ringgit.. rupanya2 duit itu duit mak abah pinjam dari mak usu.. wa!!!!!!!!! dah la mak usu pun bukan org senang.. huk2.. sedih ngat dikala kawan2 lain kaya, nak apa sahaja dapat, nak DCLR la. nak itu la.. padahal dorang tak tahu yg kawan dorang sorang ni sebenanya tgh susah bukan org senaang.. huhu... ak tak cerita sangat ak susah hidup ak dulu.. di saat dorang suma tuisyen luar mak bapak ada duit, orr tanya 'alia tak tusyen ka?' haha ak kata "tak" padahal mak bapak ak tak cukup duit sgt arr nak bayar bulan2 woi.. KORANG APA TAHU?? tak reti brsyukur kat mak baapak kat ALLAH tu yg penting haa. Alhamdulillah 

Dan sekarang ini masih di uji, ujian kan pelbagai jenis, dan betapa ak yakin dengan setiap HIKMAH ALLAH, AKU YAKIN!! AK YAKIN DENGAN TUHANKU ALLAH..

Saturday, September 3, 2011

hijrah hidup masa kecil

assalam, hehe hijrah la sangat..

^Kalau nak tahu saya pernah duduk dekat Kg Baru,Jln Raja Abdullah masa kecik dulu,
^pastuh Taman Dagang, Ampang sampai umur 5 tahun 1997..
^Next kitaowang pindah kg Kuala Kubu Road rumah atuk dan
^seterusnya tinggal di pekan Kuala Kubu Bharu selepas kejadian rumah atuk terbakar pada 1999....
^Sememangnye ak brsyukur duk sini, Tak tahu lah apa aku jadi sekarang kalo terus duk kat Ampang tuh, haha..parent dulu keja kt HBKL.

Saje nek cerita menda yg ak ingat masa dok Tmn Dagang, Ampang.. yg ak ingat duk umah pangsa dan brkawan dgn anak jiran 2 orang, along dan Sabrina. Kitaowang makan buah ceri yg kecik tuh, aku kecil lagi tak pandai pnjat pkok, dowang yg panjat pkok ceri tu.. Haa, ak ingat ak adik bradik duk umah penjaga, anas masa tu kecik agi.. Aku ingat keadaan dalam rumah aku, aku jatuhkan sabun dlm lubang jamban haha..

Main kat taman permainan,, wah, indahnya.. seandainya masa itu kembali semula, inginku memiliki lebih dari itu... hidup masa kecik2 dulu sgt best!!!

Friday, September 2, 2011

perpisahan ini

http://www.youtube.com/watch?v=-byScsHGZ0Y&NR=1

diari semalam

salam, ada perubahan, berubah, kehidupan yg dulunya sedikit sederhana, tidak mampu bukan orang kaya. Kini ku melihat akan perubahan, rumahku sudah berubah, dulunya sederhana, kini lebih nampak bahagia.. aku gembira? no, ak bersyukur! haha

Alhamdulillah, ak masih perlu meneruskan prjuangan, ak bukan berada di zon selesa..
diari ini hanya akan menjadi kenangan ttg kehidupan semalam. Menanti hadirnya insan haha apakah.

Namun hati tetap masih merindui yg sudah pergi dahulu. Rindunya ingin ketemu, lama tak jumpa aku meninggal kan dirimu, terngiang terbayang setiap kata2 dan tulisanmu..

Lagi satu, biarlah orang nak kata kita apa pun, diorang bukannya tahu. Senyap jew tak yah ungkit, Biarlah Allah je yang tahu dan nampak apa yg kita buat.

aku menyesal doh! aku kerek sangat deww. sebenarnya ak tak suka hidup terkongkong, ak perlukan kebebasan melakukan kerja dan kebebasan bersuara.

tapi! maksud ZALIM meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
astaghfiRULLAHala'zdim.

Thursday, September 1, 2011

salam, salam.. salam.. kehidupan di dunia ini sementara.. apakah engkau tahu, adakah engkau tahu,

Wednesday, August 24, 2011

damba

salam.. hri ni habis baca buku 'trima kasih tuhan atas cinta ini'
huhu, bukan nk kata pa.. seolah hrapan mggunung tinggi, layak ke diri ini.. :(


.. papepun, ada gak novel yg bgus, just i tak suka la baca kebahgiaan yg ak tak rasa lagi haha, kang memberi harapan palsu plak.

(O_o)" of course semua org mendmbakan yg bhagia.. kita kena menerima kekurangan dan kelebihan.. Sentiasa brsangka baik terhadap Allah, bertwakkal kepada Allah, bertaqwa..
Doa 'ya Allah jdikanlah ak dan anak cucuku org yg tetap mendirikan solat' amin..

Boleh ke kita salahkan orang atas apa yg berlaku pada kita??
tak boley yee.. tak boleh.. ini semua tkdir dan ketetapan Ilahi.. ak belum cukup habis mghdapi hidup ini, msih cetek ilmu ini...

Allah yg utama dsamping menDAMBA seseorang yg dpat membimbingku, amin..
Kata seorang hamba Allah 'smoga mndapat yg faham dakwah'
(*_*)

Saturday, August 20, 2011

USAH DITANGISI

sebahagian lirik lagu 'di pintu mahligai' IKLIM

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

*rindu adik.

ya Allah....

Thursday, August 18, 2011

VIOLET

salam, hehe.. saya beli new gadget.. saya beli netbook.. and it's violet.. nanti i letak gambar.

Harapan saya semoga dgn adanya benda akan lebih memudahkan saya memahami bahasa arab.... subjek2 bahasa Arab.. Orang yang belajar kat Yarmouk University cayok semuanya. Semoga dimudah urusan oleh Allah untuk memahami secebis ilmu-NYA .. amin~~

Monday, August 8, 2011

hari ke-2 kepulangan

Hari ni alhamdulillah aku tak nangis langsung. antara tanda kasih seorang hamba trhadap Allah ialah dia tak sedih terhadap apa yg Allah luputkan/ambil dari dia..

Aktiviti, 9am kami ziarah kubur adik, kemudian ke pertak melihat sungai tempat kejadian. next bukit beruntung tengok rumah, next pergi tesco baru bukak kat situ, next balik, blogger, nak tidor ngantuk.

actually masa kat airport kuwait, ak jumpa makcik indon pakai purdah. dia tunjuk gambar dia lawa jugak la. dia mrantau ngan suami dn lain2 untuk dakwah. aku kagum sikit la. dia kata semoga dapat suami yang faham dakwah.

hari pertama kepulangan

salam.. ak selmat sampai dlam jam 3:30pm.. 8/8/11 Ahad..
terus berlinangan air mata kami berpelukan... meneruskan perjalanan pulang ke rumah strusnya brbuka puasa di kg.

Ya Allah.. sepanjang bersama keluargaku, ak hnya dapat menahan air mata dan berbuat gembira... pilunya hatiku sebaik melangkah masuk ke dalam bilik yg dulunya kami bertiga dan sekarang hanya berdua. Hanya Allah sahaja yg tahu hati ku.. ak tidak bisa berkata ttg arwah adik kerana itu akn myebabkan air mata ini mengalir..

Azan maghrib, sedihnya adik dah pergi dulu ya Allah.. pkcik yg sering membeli jajan tidak termakan kerana adik sudah tiada, kami semua sudah besar, besar! aku memakan juga puding mgga itu demi myedapkan hati pakcik.. walau hatiku sebenarnya sgt pilu, smbil mkan ak menangis dan mg'cover' tangisan air mataku.

Pengagihan ole2 dari Jordan, ak memberi keluarga sedikit brang dri percutian semasa di mesir dan jordan juga... adikku form4 brkata nape bagi buku ni mcam budak2.. mak berkata lawa gelang ni tapi budak2 suka la pakai.. tahukah kalian yg sebenarnya barang2 tersebut telah kusimpan untuk arwah adik semasa sebelum adik pergi.. aku mencabut kertas brtulis 'nana' agar kalian tidak melihat itu cnderamata yg diagihkan untuk arwah adik.

Aku melihat, disegenap penjuru barang2 tinggalan adik.. hanya bisa mengalirkan air mata, pilu sungguh hati ini.. ya Allah..
aku sedang mencari 'keychain' yg ingin diberikan arwah adik kepadaku sebaik pulang ke Malaysia. Keychain trsebut dibeli ketika lawatannya ke Melaka anjuran sekolah.

Aku masih mencari....sepnjang hayat ini aku merinduimu adik

1/5/2014

Sunday, August 7, 2011

hati GIRANG

salam, ohoi... SAYA PULANG KE MALAYSIA!!! sekarang saya berada di hotel di Kuwait.. transit doo..

hatiku berbunga-bunga riang menjejakkan kaki ke tanah tempat asal keturunanku. hehe.
nak ziarah kubur arwah adik yg dah kembali kpada Allah.

mummy! miss u guys. daddy. huhu takut,takut depa kata ak debab. la samahAllah haha logik ke?

Dekat Kuwait ni maghrib 6.30pm lebih cepat dari Jordan. Faham tak? dalam hatiku ada taman, dalam taman ada bunga, dekat bunga ada kumbang kah3. sekali datang si tebuan menempelak si kumbang. maka jatuhlah si kumbang dengan linangan ayaq mata bermadu. kakaka.

ada ubi ada batas, bunga tersebut telah dipetik terlebih dahulu oleh seorang manusia sebelum sempat sang tebuan mghisap madunya. dan juga sang tebuan telah disembur racun serangga sehingga mati.

apakah?? (Oo)" 5:08pm

Saturday, August 6, 2011

pulang ke Malaysia

salam, huhu sedihnya kot.. lama tak balik dah dalam 11bulan .. tak sempat gak nak jumpa adik.. sepanjang hayatku, kumerinduimu adik.

rindu malaysia!! saat akhir sebelum pulang ke tanah air banyak perkara yg perlu diselesaikan.. rumah lama dan rumah baru kena kemas.. beli ole2 untuk orang malaysia..

haha, tak tau nak beli pe... orait bersambung. beli benda yg takda sangt kat malaysia okay? excited!!!!!

Thursday, August 4, 2011

hati milik NYA

yA Allah ya Rabbi,,,

hanya engkau yang tahu hati ini, aku memohon keampunan dari-MU ya Robbi di bulan yang mulia ini Ramadhan.. pengampunan dari-MU kpda orang2 yg melakukan dosa. aku takut,aku takut.. beri aku hidayah-MU, rahmat-MU, kurniakan aku kekuatan dlm melaksanakan ibadah kpada-MU.

hati ini milik-MU.. fitrah manusia mengabdikan diri kepada penciptanya yg tidak pernah lepas dripada melakukan dosa.

Wednesday, August 3, 2011

makan

kenapa? biasa la tu.. kalo aku tak suka makan benda tu, maka aku TAKKAN makan... aku BENCI ar orang yg paksa-paksa aku makan nie.. please ar.. dengar cakap aku, ak taknak, taknak la.. ape hak ko nak paksa-paksa.. wat sakit jiwa aku ja..

you bad! sakit hati kot.. it was more terrible than before. i can't stand... JGN PAKSA AKU MAKAN... ak tak brapa sangat ayam ni.. seketul pun belum tentu habis kecuali aku suka kepak n paha ayam.. lagi suka SAMBAL.. KENTANG SAMBAL. AYAM MASAK MERAH.. pedas2 sambal ni mmg menambat selera aku... boley sampai TIGA kali aku tambah.. yg lain kurang.. kuah2 kurang.

TAPI, ak makan je semua2, takkan la aku nak cakap yg aku tak suka time makan tuh, kurang ajar namanya tuh.Lagi satu, kalo dah suka mkanan tu mmg ak tak stop.. terutama coklat2 n sandwich2 Jordan.. samapai satu tahap berat badan naik brapa kg, time tu baru ak sdar dan kurangkan makan haha..

yg penting, blogger ni mcam fitnah betul la.. semua rahsia nak bagitahu, cam privacy diri sendiri yg patutnye tak penting bagi tau semua keluar.
contoh: my favourite food is keowteow. perlu ke heboh satu dunia?? mcam saja nak cri publisiti biar sume orang tahu... huhu.. that's why i'm struggling to leave off blogger.

Saturday, July 30, 2011

di pagi hari yg indah

untuk kesekian kalinya masih mghadapi hari2 'indah' di sakan sahawnah ini.
one morning i have made a cup of coco drink. i put 3 spoons of sugar. It's still hot and i'd prefer to wait until it was cooled.
After 10 minutes, i looked at the cup and there was like 'impurities' at the water. It's weird but i really excited to drink the coco in a lovely morning.. and suddenly 'wekkk!!' masin!!!!

Friday, July 29, 2011

oh jiwaku

waa, ya Rob.. salam, oh jiwaku bercelaru memikir diriku yg jauh beribu batu aku sendirian termangu kesedihan pilu hatiku ingin ku luah tapi apa dayaku aku hanya insan lemah yg masih diberi nikmat kehidupan

oh jiwaku, bersabarlah ini semua ujianNYA takdirNYA.. tapi aku hanya insan lemah ak hnya mampu menangis sambil meneruskan prjuangan dan pngorbanan ini.
oh hatiku kadang terasa berat menanggung rindu yg lama ku pendam lama lagi harus ditanggung, masa berjalan jiwa dan perasaan dikorban menanggung sedikit kesedihan
ak tak sanggup!! oh inginku berbicara merobohkan empangan melenyapkan bandaran biar mataku luas melihat masa depan, haha giler kejam.

oh kenangan, kenangan mengusik kalbu, aku terdiam, tak mungkin dapat ku lupa, kenangan yg kita bina, hancur akhirnya, haha ini lgu rock jiwang seyh.. mcam betol je lirik yg ak tulis.

HELP!! it all about ...

Tuesday, July 12, 2011

SAHABAT

salam, masihku ingat dalam kereta kancil bapaku kami memasuki gate sekolah hari pertamaku ke sekolah Samtkkb, kulihat papan tanda menulis kalimah, 'سبحان الله''لاإله إلا الله' hatta bau sekolah pun aku masih ingat.. kadang bila lalu kat kaki lima tuh, bau sekolah atas bukit dkt ngan ldg getah menyebabkan jntungku berasa cuak spertimana kali prtama melangkah ke sekolah itu.

haha, ianya sgt berbeza dri sekolah rendah of course.. ak yg masih kecil molek terpaksa berdikari mghadapi sistem dan jadual yg berbeza dri skolah rendah.. kalo dekat sekolah rendah, rumah dekat time koko balik rumah dulu.. tapi time skolah menengah solat semua dekat ASRAMA, tapi ak budak luar bukan budak asrama, kesian kat i masa first amik wudhu' kat surau asrama, tudung labuh i terjatuh dibelakang tembok.. huhu, maka dari situ ak mengenali seorang kawan namanya NILA SURIA.. dia yg tolong ambilkan tudung i.. dari prkenalan tu kami pun rapat.. kami saling brtnya tntg subjek dan brsaing dlam exam.

namun trdapat sdikit konflik hati tanpa kata2 shingga dia brpindah ke sekolah lain.. tapi konflik tu hanya hal zaman2 comey2 smpai skunk ak rndu dia sbagai seorang sahabat yg ak rapat.. walau dia tak tahu atau dah lupa akan keakraban ini pada suatu masa dahulu..

Kami banyak terpisah sewaktu form4 apabila masing2 berjaya dan membawa diri... sungguh, form4 hidup ak berubah sikit masuk geng yg lain.. geng lama semua dah pindah.. trdapat juga konflik hati kerana ak pendiam dan ak tak suka bebas time tu. pape pun ATIQAH aku takkan penah lupa akan keakraban kita pada suatu masa dahulu.

seterusnya di PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.. ak mghdapi hari2 yg penuh disiplin dan perlu perform diri dalam setiap aktiviti;wajib. di sebelah katilku WANA aku juga takkan pernah lupa mndapat teman sepertimu ak brsyukur dgn takdir pertemuan ini walau kini kita tidak pernah lagi akan dapat bersama.

INTEC, Shah alam, ak juga kagum dgan seorang gadis sebayaku yg kini berada jauh dari pandangan, Mesir. Aku merindui TIPAH walau dia tidak tahu akan hatiku walau dia sudah lupa akan keakraban ini suatu masa dahulu, ak cuma mengagumi akan manusia2 yg ditakdirkan begitu prwatakan, bakat, ktabahan dan sbagainya..

DI SINI, kadang sudah lama baru aku menyedari akan kewujudan insan2 istimewa di mataku, ya Rob... ak senang dgn takdirmu.. kuatkan aku.. jgan lalaikan daku.. tabahkan aku.. lindungi diriku dari kejahatan diriku..

tEMan2 lain juga aku tidak lupa, byak juga ingiku sbut kalo ada masa inginku sebut satu persatu kenangan ku dengan mereka.. kamu semua juga baik.. jgn terasa kalo tidak disebut haha, sayang kamu semua!!! sahabat2 semua yg pernah brkawan dan mengenali diriku PASTI AL-AMIN,SK KUALA KUBU BHARU, SRA KKB, SAMT KKB, PLKN NILAM EHSAN, INTEC SHAH ALAM, YARMOUK UNIVERSITY, SAYANG KAMU SEMUA!!1

Tuesday, July 5, 2011

waaAAA!!

huuuu,, saya benci blog huk2.. blog telah mmbuatkan ak kadang terlupa akan kesetiaanku trhadap diariku...

BEGITU JUGA, fatamorgana dunia kadang mmbuat ak leka dan lalai akan tggungjawab dari tuhanku.. aaaaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!! please somebody give me advices.. pleasee.. ya rob, iftah a'laiya futuuhal a'rifin.. wal hamni rusydi, zidni 'ilmi, warzuqni fahmi, faqqihni fiddin, wa a'izni min syarri nafsi.. ya Allah.ya Allah.. lindungi ku dari riak.. dalam apa cara sekalipun dari membuat orang tidak suka kpadaku..

Monday, June 27, 2011

haPPY bDAY tO me.. ((19))

Salam, 28 jun nie ulangtahun kelahiranku.... aku dilahirkan pada 28 JUN 1992.. di hospital Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Kubu Bharu, Selangor. ak suka dengan 28 jun sbb ak rasa sesuai sangat dgan aku, haha mmg la sbb tarikh bday sendiri..

sesungguhnya, umurku 19 tahun dipenuhi di bumi Irbid, Jordan. Berjalan berulang alik ke kuliah di Yarmouk University.. Dalam perjalanan pulang singgah mahal(kedai) beli jajan untuk diri sendiri haha, kadang ice-cream al-maklum la cuaca panas sekarang musim soifi(panas) or summer..

Gambar kat atas merupakan ucapan birthday untuk diri sendiri, di tulis di dalam diary... setiap tahun aku tulis dalam diary tau. haha. apa yg aku tulis??:
1)'my birthday at summer'
2)'يوم ملادي في الصيفي'
3)'سنة حلوة!!'
4)'ALia SakinaH'

Menulis diary adalah satu kepuasan bagi diriku, sangat best! aku suka tulis menda2 menarik sepanjang aku di Jordan, nanti bila dah tua ak nak baca mesti aku rindu gilerss.. stakat ni, aku ada 1 diary form4, 1 diary form5, 1 diary PLKN, 1 diary sem1&sem2.. skunk tgah go on summer sem diary.. paling best diary PLKN mmg penuh dgan illustrasi, swear tak tipu.. masa start tulis diary tuh ak dah pikir dah mesti nanti aku akan rindu giler, dan sememangnya dah 30 bulan mninggalkan masih terkenang2 bestnye hidup PLKN!!

ak kena byakkan amal kebajikan n amal ibadah, amin..

Saturday, June 25, 2011

dipetik dari TANPA SUA

hah.. tiada kata yg dapat ku ucap melainkan aku merindui mereka yg berada beribu batu dari sini.. perjalanan ini masih jauh... rantau, seorang berkata tidak kita kecapi apa yg diingini melainkan dengan PENGORBANAN.. pengorbanan ini, hatinya sungguh kuat berhari, berbulan, bertahun menahan merelakan 'pengorbanan itu' perit pedih sedikit tatkala 'pengorbanan' dtg menyerang, memikirkan masa hadapan, entah duduk entah bangun. Gusar hati ini, hendak diluah tiada faedah hendak ditelan kurang kekuatannya. entah, tidak tahu apa yg perlu dikata tiada pointnya sekadar berpuitis tanpa huraian, sekadar ber'simbolik' ber'metafora'.. haha, giler dak nieyh.. aku suka gak puitis2 niey, tapi tak brapa tahu sangat.
sambung: nah, dimakannya syawarma tanpa perasaan sekadar mmberi tenaga meneruskan masa yang berbaki, oh ramai kawannya, kawan asingnya, bukan bangsanya, petah bicaranya, pandai lawaknya, oohh itu pakejnya.jgan diriya' nanti ditarik , hidup ramai kena pandai bersikap damai jgn sampai tersilap ampai haha adoyai tak paham aku..
Ayat JORDAN: Berlari sang jejaka arab, mengejar asap, dia gusar juga di depannya, warnanya oren panas, namun disedutnya juga asap, matanya ditutup benda hitam, hatinya keruh dgn asap.. asap ituuu, asap ituu, hatinya batuu, kepala buntu, mintak satu kena lutu.

Saturday, June 18, 2011

pkok semalu

slm, hoho teringat masa kecik before family ada kereta kancil.. skunk nie ak bengkek betol ngan org yg ngutuk kereta kancil.. ada la... sbbnya kereta tu la yg dok ke hulu ke hilir dok ulang alik hantar aku gi sekolah setiap hari.. spenjang ak sekolah menengah.. ada la dikalangan member hari tuh cakap menda tah ak da lupa tapi dia tak tahu family ak ada kereta comey tu... haha! dowang dibiasakan sangat hidup kaya, haha sungguh ak tak faham.. sorry to say, ak bengkek ngan org yg tak tahu malu mintak macam2 ngn mak bapak... hish, susah nak cakap.. ape punya perangai la cam gituh, mmg la korang ley cakap parents korang tak penah tak tunaikan ape yg korang nak, dah mintaknye mcam2 tak reti santun hormat... huhu~~ saya pun takda la baik bebenau, just kena pikir sikit kalo wat sesuatu.. jgn berkira atau mengungkit.. kalo nak kasi contoh takot ada yg terkena...

jadinya, pokok SEMALU.. cume teringat kenangan masa kecik.. time tu tadak kereta lagi, dad ada motor je.. hari tuh dad bawak i ngn adik naik motor jalan2.. singgah la kat satu tempat tuh, and then dad show us a type of leaves. look at this, try to touch it.. and were amazed bcauze its 'menguncup'... yee ianya adlah pkok yg malu2.. bile usik dia menguncupkan dirinya.. itu hnya salah satu memori yg saya ingat.. tak silap saya tempatnya di simpang empat yg ada dtaran kkb,ktm kkb..

Saturday, June 11, 2011

baik,jahat,gedik

heheh, saya ketawa teringat knangan adik.. (baik,gedik,jahat) merupakan trademark kitaorang suka main2 dulu.. nana baik,mia jahat,kinah gedik.. huu~~

sukar digambarkan perasaan ini, aku baru shaja ingin melihat dia membesar, ingin memberi sesuatu, ingin mengajarnya, menyelami hatinya, menasihatinya, membelanya tatkala dia fighting ngan akak or abgnya.. Semua ini merupakan angan2 semalam yg tidak akan tercapai buat selamanya.

izinkan daku berkongsi kisah dirinya, kerana ak amat menyayanginya...ianya terlalu banyak dan klakar sbb adik baru berumur 11 tahun dan masih kecil.. wlaupun bdannya sedikit tinggi, namun tak lari dari fitrah kanak2nya.. disebabkan adik pling bongsu dan yg atas sume dah besar2, maka dia terpaksa main sorang2. kitaorang tak didedahkan sangat teddy bear or anak patung or mainan, sbb tak dibelikan sgt, jadinya adik sgat kreatif dlam permainannya.. ianya sgat kelakar, sungguh sb sy yg melihatnya. botol,deodoran stick, dijadikan sbagai watak2 utama, dipakaikan topi,diletak rambut, dilukis mata,mulut.. kemudian, bermulalah episod teater haha, "smekom,nak pergi mana?""nak pegi kedai nieyh,..." tapi ada la jugak sikit doll,teddybear sume tuh.. Sempoa yg kira2 tu pulak, dibaringkan, dan diletakkan doll comey atasnya.. dan dibawa bersiar2 doll itu mggunakan sempoa.. it's like a car..

so much memories, masa adik kecik dlam umor 4tahun, kitaorang main 'explorace' pastu dia mrajuk dia pun nak main jugak cuma dia tak pandai baca.. saya pun buat la kertas explorace tu tapi dalam bentuk lukisan..

bile dorang wat bising sya nak marah, tapi tak boley sbb sya suke TERgelak, dowang suka acah haa2 nak trgelak ar tu trutama adik.. penah gak tegur dia, sebabnya kwan dia tu kerek sikit..sempat tgok adik dlam skype baru ptong rambut dan sangat comel. pda akhir talian dia sdikit snsitif wlaupun sya hnya brgurau. hehe, sayangnya!! ya Allah, hanya Engkau yang tahu hati ini. rasa ingin menjerit,meronta..apkan daya, hanya bisa duduk dan termenung jauh................................................................

so much memories i just tell a little.. post ini tanda yg ak mnyayanginya dan merinduinya. tk pernah mlupakannya. semoga arwah adik tenang.

Tuesday, May 17, 2011

TERTULIS

SAlam, pertamanye mari la kita mengucapkan kesyukuran kita pada Allah s.w.t yg masih lagi memberi nkmat hidup kpada kita.

Dalam kita hidup kat dunia yg fatamorgana nie, kita kena sentiasa bersangka baik terhadap Allah, dalam apa jua perkara.. Memang mudah disebut, tetapi pengaplikasian dalam kehidupan seharian itu yg paling utama. Dari segi takdir-Nya, kita kena husnuz zhon,.. ok?

Pertolongan dari Allah, dalam hidup ni gak, kite tak ley ckap menda-menda yg negatif, saya anti betol ngan orang yg suka cakap sesuatu perkara tu negatif, lain la kalau kena pada tempatnyew.. Pertolongan dari Allah itu tidak terhad, kadang2 kita buntu dan taktahu pe nak buat then Allah tunjukkan jalan keluar kat kita.. sometimes, tak pernah kita terfikir begitu caranya, atau maksud lain, pertolongan rahmat dari Allah tu dtg dalam bentuk yg unexpected..

Lepas dah dapat tu, kita jangan terlalu gembira, jgan terlalu bangga dok cerita kat orang.. Allah sebut dalam surah al-Hadid.. ayat 22 dan 23.......
Mafhumnya segala sesuatu telah TERTULIS dalam kitab lauh mahfuz sejak dulu lagi, supaya kita tak bersedih terhadap apa yg hilang dari kita dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang kita dapat dan Allah tak suka orang yg sombong dan berbangga diri...... setiap segala peristiwa yg berlaku dalam kehidupan kita, setiap langkah kaki kita, setiap kunyahan benda yg kita makan, setiap setiap setiap dan setiap telah tertulis sejak dulu lagi, agar kita tak terlalu sedih atau terlalu gembira dan tak sombong dan bangga..

Jadinya di sini, husnuz zhon dan jgn bangga...............

Tuesday, May 10, 2011

adikku sayang

Salam, adikku sayang..
lama tak ketemu,
tidak kusangka mmg tiada jodoh kita ketemu untuk kali terakhirnya di dunia ini,
ku tatap gambar2 mu, baru ku sedar yg adikku comeyl...hehe, kalo dah besar ayu adikku ini..
pandaaii... dapat full mark math, dapat hadiah cikgu kasi..
sungguh, merinduimu,, sungguh, hatiku meronta,
aku amat menyayangimu, tiada sapa dapat mengetahui isi hati ini..
aku tak sanggup, aku redha.. ak gembira engkau diselamatkan oleh-NYA dari fitnah dunia,,,
ya Allah.... ak tak kuat sebenarnya, tapi Engkau arRahim.. aku sedang tabah, sedang kuat..
aaaa!!! sayang adikk.. adiiikkk... nana..... sayaangg..... sangaat.... aku sempat mengusap rambutmu dan melihatmu dgn penuh kasih semasa adik sedang tidur, pada malam terakhir aku berada di Malaysia.. tiada kusangka itu kali terakhir aku dapat mengusap dirimu... sayangku, ak sungguh merinduimu.. adik bongsuku.. damailah engkau di sana, dan sedang berbahagia dgn teman sebaya dirimu.. tabahkan hatiku ya Allah..

Thursday, April 7, 2011

BAHASA

Salam, hari ini i bukan nak cakap pasal bahasa arab keww, bhasa inggeris kewww, tapi i nak cakap pasal BAHASA ADIK-BERADIK.... best kan bahsa adik-beradik?? best giler weyy, hang boley dok jerit kat depa, cakap 'baka' la, tergelak2 ar, merepek ar, tapi tak juga dilupakan menasihati mereka... boley marah2 depa kalo wat salah.. boleh borak pape termasuk layan jew ape yg depa suka... semuanye pun boley... tapi beringat-ingat jugak jgn lagho sgt dengan adik2... mksudnye kita bahagia sangt dgn depa, kita pun dok merepek2 smpai tak ingat duniaa... jgn yeww..ingat2 sikit.. jadinya di sini, kalo pun kita gaduh ngan adik kita, 3 minit pastu elok ar balik kan.. hubungan pun tadak nya putus2 bagai ayaq dicincang takkan putus... Jadinya di sini lagi, berbeza dgn ORANG selain adik beradik... awak kena jaga cakap, tak ley kasaq, tak ley marah2 sgt, tak ley jerit2, tak ley tak ley dan tak ley.... sopan,senyum,gurau skit,puji sikit,jaga ckp, pewwhhhh!!! mmg itu pun yg patut kita belajar..... haha, manusia bertopengkan manusia... sukenye!!! mereka tak tahu.... jahatnye!! bila berpura2.... huuuh... itu sahja nak tulis... sbbnye tadi ngah bermuram durja.. tapi bahagia pastuh sbb baru pas call pamily iaitu ADIK BERADIK.... (^_^)

Tuesday, April 5, 2011

tak ley dah.

aa..!!! tak ley tahan dah.. aa!!! tak ley da tahan apa yg aku simpan dalam hati ini.. aaaa!!! Aku mmg suka pendam or simpan apa2 saja, terutama kalo menda tu agak boley mengganggu atau menyebabkan org terasa aty.. menda tu remeh jew.. tadak kaitan dengan isu besar... tapi aku tak suka!!!! aku tak ley wat pape..... aku rasa bahagia jer kalo aku dapat citer kat org lain, tapi demi kemaslahatan terpaksa ar pendam sampai bila pun aku tak tau.... mmg manyak menda aku tak suka sebenarnye, kalo kat tempat khas ley ar marah2 depa kan? tapi kat sini tak ley!! aku tak suka wey, serius, TAK BOLEH.... aaaa... ada jlan penyelesaiannye, tapi aku still kena bersabar sbb belom masanya lagi... fuuhhh... sorry ar, u'll never understand me, yaa, mybe ego, but i don't think so.. just the way of something that i don't like, and i can't scold it..... huuuu.... isbiri, innallahha ma'as sobirin... aku terpaksa tulis... nanti aku padam balik pos ni hahah...

Saturday, April 2, 2011

ampuni n sorry

sorry,

terkasar kerana jiwa ini membrontak tak suka... tak sengaja,,

sorry,

kerana tak sengaja biadab, oh no.. la yajuz..

sowy,

mmg selalu camni..

sowy,

tapi selalu okey je balik.. tapi berulang lagi..

sowy,

harap dimaafi diri ini..

yg sebenarnye,

tak suka ditanya kenapa itu,kenapa ini.. tak suka disangka buruk.. diri ini dah besaq, tahu ape baik dan buruk, nasihat? ooww, please.. i know wht i'm doing..

oh sorry,

jiwa muda mmg pelik, tak suka dikawal. huu.. mmg betol tak suka......

setiap org lain,

lain, lain, takdir Allah.. dapat member kamcing dan sebagainya,,,,

pro n kontra.....

it's different....

nobody understandd....

except ALLAH.....

ooo YA ALLAH GUIDE MY STEPS DON'T LET ME GO ASTRAY

YOU'RE THE ONLY ONE THAT SHOWED ME THE WAY

SHOWED ME THE WAY 2X

INSYA ALLAH 2X

INSYA ALLAH I'LL FIND THE WAY.....

ampuni n sorry

sorry terkasar kerana jiwa ini membrontak tak suka... tak sengaja,,


sorry kerana menunjukkan

Friday, April 1, 2011

spagettyy

salam, oh mama.. spagetti kuah tomyam ini sangat sedap.
alhamdulillah, rejeki kurniaan ilahi... saya masak untuk org umah ajew okay.. no time untuk msak kpada org luaq, heheh.. sabor ja laa..


ini la makanan hampir setiap hari bila malas nak masak nasi... lagipun bile dok sorang member takda, takda mood nak masak nasi...

aduiii.. study kak!! chayok!!!

blurrpp..

Thursday, March 24, 2011

adoi

aduh! tersakit perut, help! haha.. buat blog ni kadang ianya satu kepuasan apabila kiter melihat balik hasil yg telah kiter kerjakan.. makanya, bagi sesiapa yg merasakan jika dia menstalker blog telah mensia-siakan dan membuang masanye, jadi tetaplah dengan pendirian anda itu, itu seafdholnyew.. i pun dlm proses nak delete jew blog, tapi tak sampai lagi.. insyaAllah...........

Friday, March 18, 2011

i can't sleep

i can't sleep
i really miss them
i miss my home
i really want to be my real self in my real house, not here
the place that i can do anything
the place that people doesn't know me
place that who cares about muaddal and whtsoever
the place that u'll not feel isolation among the 'super'
i want my pass life with my family
i wanna talk and laugh with my sisters
chat with my brother
scold them haha, bcoz they had done something wrong, yajuz a'laiya
daddy's advices, his unlimited knowledge
mum that's always make me happy, a happy go lucky mum, funny
place tht nobody can harm me, annoyed me, disturb me, can't look me, hrmmm...
i've spent so many JD buying WEINAK just to call them be myself and happy with them
nobody can apart us, nobody nobody can make me as happy as i'm with them
u dunnO ABOUT me just shut up la.. i don't like u.. u all are badss.. hahahaha
then it was true about wat mummy said along time ago, it's about daddy too:
tak payah duk asrama duk rumah jew, lepas da abey skola dok la ko mane2 pun, pas ni tak jumpe umah da.. hahaha(tergelak sambil sediy) hah!! buku!!!!

Thursday, March 17, 2011

sebatang SUDIP itu SENDUK





sayur jordan yg pelik, ingtkan sawi ke, boley diterima.








miss nabila kasi nasi n dging bgkus
dlam sayur..lupe nk tnye name pe.








'jemput-jemput' la dtg umah..







homemade batoto






futur mee kari....








Wednesday, March 16, 2011

sakan sahawney / sahawnah / sakan jpa

salam, syang sama musyrifah Miss Nabila, ibarat mummy di Jordan,
hiyye hakeyt bil injlizie..dia speaking english sbb dulu dok kat USA.

Dia juga sgt tegas dlm peraturan sakan, sapa balik lewat dari waktu qoror, mmg tidor luar la jawabnye, walaupun korang berada di depan pintu sakan, dia tak kasi masuk. dan dah banyak kali berlaku dalam hidup kami.

Antara peraturan sakan:
*never talk to the strangers outside of sakan, kalau dia nampak korang tegur walaupun makcik tua kerepot ya,ni hajjey.. mmg Miss Nabila tegur dia kata sape tu? hg kenal dia ke? jgan ckap ngan org tak dikenali..

*tak boley biarkan ayaq paip menitis setitik dua. kena tutup rapat. dan banyak kali gak dia cek bilik, tiba2 dia masuk dan kantoi, sbbnye mmg payah paip kat sini kena pulas sehabis tenaga.

*lampu bilik air mesti tutup, takley lama2 terbukak, kalau korang tak tutup, maka tibe2 telefon bilik berdering, angkat dan dia cakap "room 120 soh? why u don't turn off the bathroom light?" "asifey2X"(O_o)

*apabila azan maghrib berkumandang, maka wajib melabuhkan tirai iaitu langsir diturunkan supaya menutup tingkap, boleh jey tak nak turunkan langsir, tapi dengan syarat lampu semua tutup.

*time tidur tak ley bukak lampu kecuali lampu kecik or lampu tidur, penah je terkantoi mereka yg ingkar dgn arahan.

*"if u sleep out of sakan, please tell me, let me know that u're sleeping outside, inform me, i know it's none of my bussines but just let me know" dan sape yg tak bagitahu, selalunyer mmg Allah tunjuk bagi dia tahu dan mmg kena sound dgan miss nabila. sabor...

*peraturan kat bilik dobi pun ada, tapi biar le kami je tau tak penting.

sememangnye Miss Nabila sgt baik walaupun pada mulanyer ramai yg anti ngan dia, kerana sifatnyer yg sgt tegas dan sgt pengemas dan sgt suke decoration

sgt mengambil berat dgn kerosakan sakan
just inform her

setakat ni tak pernah ada masalah air, air sentiasa ada alhamdulillah, cume first2 dulu 2 or 3 kali jew..

miss nabila juga selalu bagi makanan kat kami, "please, try our food"
nanti aku letak gambar'
*syurbah
*nasi dan daging dibalut dengan sayur yg comey jer...

setakat ni mcam2 aku taw dari dia, pekerjaan kat jordan, pasaraya yg murah katmane, pasal teksi la itu la ini la..

dia ajar cara berjalan di jalanan, cara menakutkan orang jahat, dan dia tegur aku bile masuk sakan bagi le salam kat dia dlm pejabat tuh...
kadang2 ayat dia mmg perli giler dan menusuk kalbu, tapi dah biasa dan pengajaran kpda kami yg wat silap.

dia kata agama kristian ka hg tak bagi salam, laa bkan tak nak bagi tapi sebab keadaan tempat tuh tidak membuatkan mata terpandang pejabat dia, somonjak hari tuh dah berubah dan mesra dan rapat, ya of course.

kadang2 kalo wat salah, cuak gak arr..
whatever laa. byak sgat story, yg dirasakan penting sahaja di post di sini..

our MUSYRIFAH, HARITHAH

17/3/2011

salam, syang sama musyrifah Miss Nabila, ibarat mummy di Jordan,

Saturday, March 12, 2011

saatir (ساتر)

ساتر tu maknenye penutup atau ape2 yg berkaitan penutup cam tirai/langsir (ستار) sitaar,
The point is don't let people know about u, make a saatir, hoho...
don't judge a book by its cover SAMA JUGAK don't judge a girl by her cover, haha.

Thursday, March 10, 2011

Thursday, March 3, 2011

Kuih raya

APAkah ini? ini adalah biskut.. mak baru beli oven, dia sangat teruja, raya pun nak dekat. jadinye.... dia try la, tapi klakor, biskut raye first dia.. agipun, dia dah nak tinggalkan malaysia time tuh, jadi dia tak lepaskan peluang keemasan inieyh...
aaaaaaa

Monday, February 28, 2011

untuk my-are(mia) & adik(nana), nenas(anas)


nah!! amek la korang, aku rindu nieyh.. dah lame ak tak masak tuk kowang... bile mlam2 sume kebulur masihkah ko ingat, sekuntum bunga itu, sedang memasak di dapur lalala ~ keh2..
benci!! benci kat katak, kaka..
pesanan: jangan takut katak, benci takpe...

Monday, February 21, 2011

Anak orang

salam, ni anak orang Mesir.. mariam yg comey, cak, cak?! Budak nieyh baik betul, borak2 ngan dia best je, baik budaknye senyap, haha.. tak nangis pun cubit2 pipi dia, pandai dia wat muke tak bersalah.. mata dia bersih dan cam bersinaq sikit.. tapi, bile dukung dia, amik ko, "uwek,uwek!" haha, tapi nasib bek la hg comey hg tak ley wat pa, keh2 terpakse letakkan dia balek kat kerusi.. mak senyum2 jew, tapi mmg comey kecik2 dah pkai tdung..


budak zaman skunk..

Slam. budak zaman skunk mmg menakutkan betol.. ade ke dia nak tembak saye pkai senapang?? ish, ish.... "ei, walad! jgan main senapang tuh!" haha..

Saturday, February 19, 2011

gula2+coklat=happiness






QisyTHoh / قشطة

Slam~ apakah itu qisythoh? ia adalah cream susu, sama ada perisa asli ataupun perisa madu,banana,faraulah(strawberi) dan yg sbgainye. Hanya terdapat di Jordan dgn harga separuh dinaq..

Mengapakah ini terjadi? kerana ianya adalah untuk dimakan... maka, makanan nieyh, rasa dia macam kek, tapi tak payah pkai oven confirm jadik punye..

1. bahan2: biskut,qisythoh,susu.
2. next,rendam 2saat biskut kat air susu,
3. pastuh letak dalam mgkuk.letak qisythoh. 4. dan sapu camtuh, 5. buat banyak2 kali sampai tinggi cam gambaq, masuk dlam peti sejuk, after 4/5/24 jam ley ar telan, pergh best.










Jangan terTIPU dengan ayaq milo di belakang magkuk ini, kerana ia adalah...... AGAR-AGAR MILO!!!! best!! pergh sedap, hanum pun ckap sedap.. dah rasa macam dadih agar-agar yg aku buat tuh, sbb aku pi letak ayaq susu.... (^_^)