First timer.
Monday, May 29, 2017
Saturday, January 28, 2017
Orang over sensitif
Assalam , sorry weyh post ni membuat aku pun tersensitip dengan orang over sensitip.
Entah macam mana life aku yang free from outsiders intruders , tiba-tiba tersempit dengan bugs, semuanya disebabkan oleh orang yang over sensitip. Mari baca luahan aku. Dia suruh aku hati-hati dengan kata-kata, peduli apa, ni bLog aku, diri aku, lau takleyh terima, better u bLah je.
Kebangangan melayan orang over sensitif, takleyh melawak kat dia,
why on earth wujud orang macam tu, cam hape je rasa biLa kita meLawak je pun,
lepas tu terasa tahap beruang, pastu mengata kita mengarut-ngarut, lepas tu back up diri dengan org len . what the?
Hey kau, sumpah lah aku menyesal layan kau, apatah lagi sebut pasal kau dekat mcg group . Demi ALLAH, sampai mati aku malas la nak kawan dengan org macam tu. Org yang macam kau, x berapa matter aku.
Sumpah bosan nak faham orang cam kau. Dah kenapa nak terasa dengan aku? aku bukannya sapa-sapa pun bagi kau, dah kau mmg jenis terasa tahap beruang, sO tak kisah lah aku sapa pun, kau tetap akan terasa .
aLahai labu, tak penah jumpa orang camni, yang lebih teruknya, nak kena melayan plak, woi apa kes? pompuan layan lelaki, tak boleh kot xda ikatan hoho, layan perasaan dia pun takleyh sebenarnya, sO ?
Tuesday, December 27, 2016
sOsial meDia
Baru aku sedar bOsannya sosial meDia, produktif dgn diri sendiri lagi bagus, kurangkan sosial meDia, baru lebih maju berprestasi.
huu.. Lagi-lagi kau foLLow org yang soUL dia takda akhirat, lagi laa bOsan.. huhu.. semua pasal duniaaa, xbetol sungguh, kalau pasal dunia sekalipun, tak memberi apa² manfaat kat fOllower. seTakat, oh aku tau kau gi makan.
Erm.. pandai laa aku mengata oraang, huhu..
Hafal Quran, baca hadiTh.. agak-agak?
Saturday, December 24, 2016
Aktiviti maLam
Huhu.
Friday, December 9, 2016
Purdah
enTah, kena research hehe.
So, hari ini baru je sampai parcel aku beli purdah online Rm12 each item, colour saLmon n bLizzard. brand: TheHijjB.
![]() |
| Tercapai hajat nak pakai; dalam rumah :) je pun okay. |
| Jom gi dakwah merata. |
Sunday, June 5, 2016
Kasih sayang kepada kanak-kanak
Heheeee...
Anak Ustazah Zarina, Mus'ab Umar..
Sunday, June 1, 2014
tak perlu kenal
Wednesday, December 28, 2011
cerita HIDUPSUSAH sikit ja,
Diari Lamaaa
salam haha, kalo ak cakap yang aku tak pernah pergi usik atau berada pandai di pantai semasa ak berada di MALAYSIA, mesti korang kata ak menipu haha.. tapi mmg betol pun.. ak tak pernah pegi laut dekat Malaysia.... ;')
Laut pertama yang ak jumpa ialah laut dekat Mesir... haha, macam kelakar ja.. tapi ak takda la cakap kat kawan2 ak tak penah jummpa laut
sebabnya dekat Malaysia daddy tak pernah bawak kami pergi jalan jauh-jauh.. setakat smpai KL tu ada la... lagi satu ak tak pernah pergi ZOO , haha macam kelakar tak?? haha.. swear ak tak pernah pergi, sebabnya kalo ada lawatan sekolah pun ak tak dapat join sebab mak abah tak cukup duit.. kesian ak.... hihi
semasa ak dlm sekolah rendah, ada satu tahun tu kami tak beli apa2 keperluan untuk sekolah just pakai tahun lepas sekolah sbabnya mum n dad tak cukup duit sb tiba2 hujung tahun tu duit byak habis perbaiki kereta rosak.. xsedih sangat,
cuma yg sedih bila buku2 yg perlu dibeli disekolah pun abah ngn mak tak cukup duit lagi... kesian ak pergi sekolah semua orang pakai buku teks sekolah agama rendah dan juga buku tulis.. tapi ak, takda apa.. ada pensil ja.. time tu ak sangat takot dgn ustazah tu nmpak macam garang sangat.. ak pun cakap kat kawan ak pnjam buku tulis satu nanti ak ganti,, dia dgn kedekotnya cakap 'nak pinjam buku lagi la tu' dia pun tak kasi ak.. ak punya la cuak dgn ustazah sampai ak menangis tiba2 dalam kelas dan sesak dada, ak rasa sesak nafas dan jari kejang.. apa lagi ustazah kaget terus bawak ak naik kereta hantar balik rumah .. tapi masa dalam kereta tu bley plak ustazah tu mengata aku 'bila hantar balik rumah elok plak tak nangis' sampai rumah abah suruh baring berehat sapu mnyak panas kat dada.. tu la pngalaman sedih ak masa kecik awal darjah 5.. i sgt kecik dulu2 comei..
sebenarnya ak byak merasa kesusahan kekurangan duit.. apa2 barang nak beli kat sekolah ak takot nk mintak mak sb mak selalu cakap tak cukup duit and so on.. so selalunya, ak kumpul duit belanja yg hanya rm1 setiap hari kalo rejeki baik sikit rm2 la.. tapi tu tak cukup tu, ak nak tambang naik bas lagi 60 sen.. duit makan pagi dan tgahri sebab ada kokorikulum.. duit telefon awam lagi kalo tiba2 ada koko la takda koko la, tak sistematik pmberitahuan pasal koko sekolah ak tu.. sebabnya kadang2 mak ak amik bila mak dah habis kerja.. tapi mak habis kerja pkol 5.. ak habis koko pkul 4 pm.. so bila satu jam tunggu, ak sorang2 kat stesen bas tu, sangat bahaya, pernah ada kereta berhenti nsib baik time tu bapak ak dah sampai jemput ak.. ada la time tu tiba2 ular daun jatuh dari pokok. sooo scary sorang2.. kadang2 trpaksa pinjam duit kawan 20sen nak call mak kat public phone.. kadang2 tak makan tgahari just tengok ja kawan2 makan sebab duit cukup2 tuk call atau untuk tmbang bas, dorang tanya tak makan ka, ak kata takpa dah kenyang, padahal ak tgh lapar! kawan i tak memahami i, secebis makanan pun tak mau di hulur haha.. ak pura2 lah buat kerja baca buku sambil dgr dorang makan. sb tu ak kurus gila dulu haha
sgt la susah hidup ak masa dulu.. duit buku rujukan nak beli pun takda... masa PMR.. sikit2 duit ak kmpul atau dapat dari nenek ak , ak beli.. kalo nak harap mak n abah pertengahan tahun baru ak dapat beli buku rujukan yg dikehendaki,, hihi tapi dulu ak rajin pegi library sekolah.. ak study kat situ dan photostat buku rujukan yg ak takda duit nak beli.. ustazah la saksi kerajinan ak.. itu pun semasa sekolah ak still di uji.. ak mrupakan plajar tunas harapan tapi ak tak dpat straight a, ak just dapat 8a 1b, and then ustazah sorang tu kerek kata kat ak,'asal awak tak dapat 9a?' hek elee.. kurang ajar gila , tapi ak sabar je la.. ak just budak sekolah ak tk dapat nk balas cakap ustazah. tapi Allah nak blas kot, anak dia dpt UPSR ada subjek yg dapat 'e'.. bila tahu teringat apa yg dia kata kat ak.. dan bila dpt 8a tu. alhamdulillah dapat rezeki byak sikit org kasi duit.. dan tanpa berlengah ak terus ke kedai buku borong buku2 rujukan.. ak balut cantik2 hihi.. suka la wei..
ak di uji lagi time menengah atas cikgu mmbandingkan plajar dpat mrkah tggi sikit brbanding dapat mrkah kurang.. tuhan saja yg tahu betapa rasa down nya ak akan diri sendiri. tapi ak sabar ja, mentang ak kecik macam la ak ni takda perasaan.. takpa ak sabar ja lagi.. ak bnyakkan berbakti dgn mak abah masa kat rumah.. ak sabar ak kuat ak tabahkan diri..
dan ak tak sangka Allah tu Maha Adil, dgn satu SLIP KEPUTUSAN(11a) itu merubah hidup ak ke dunia yg lain, bukan lagi dunia dgn kawan2 yg ak tak serasi, guru2 yg tk jaga sangat perasaan anak murid yg lain.. ak BEBAS 100% dari mereka!! ak seorang diri berdikari tanpa kawan2 lama bermula di PLKN, INTEC SHAH ALAM, JORDAN..
aDA juga cerita semasa di INTEC, duit elaun telah lambat masuk 3 bulan tak masuk2 lagi.. ak yg baru prtama kali brbelanja sendiri huhu, tak reti nak jimat dan duit dah habis.. ak mcm nak nangis cakap kat mak duit dah takda... dan abah mak datang jauh dari kkb ke shah alam semata2 nk bagi ak sebanyak 100ringgit/200ringgit.. rupanya2 duit itu duit mak abah pinjam dari mak usu.. wa!!!!!!!!! dah la mak usu pun bukan org senang.. huk2.. sedih ngat dikala kawan2 lain kaya, nak apa sahaja dapat, nak DCLR la. nak itu la.. padahal dorang tak tahu yg kawan dorang sorang ni sebenanya tgh susah bukan org senaang.. huhu... ak tak cerita sangat ak susah hidup ak dulu.. di saat dorang suma tuisyen luar mak bapak ada duit, orr tanya 'alia tak tusyen ka?' haha ak kata "tak" padahal mak bapak ak tak cukup duit sgt arr nak bayar bulan2 woi.. KORANG APA TAHU?? tak reti brsyukur kat mak baapak kat ALLAH tu yg penting haa. Alhamdulillah
Dan sekarang ini masih di uji, ujian kan pelbagai jenis, dan betapa ak yakin dengan setiap HIKMAH ALLAH, AKU YAKIN!! AK YAKIN DENGAN TUHANKU ALLAH..
Wednesday, August 24, 2011
damba
huhu, bukan nk kata pa.. seolah hrapan mggunung tinggi, layak ke diri ini.. :(
.. papepun, ada gak novel yg bgus, just i tak suka la baca kebahgiaan yg ak tak rasa lagi haha, kang memberi harapan palsu plak.
(O_o)" of course semua org mendmbakan yg bhagia.. kita kena menerima kekurangan dan kelebihan.. Sentiasa brsangka baik terhadap Allah, bertwakkal kepada Allah, bertaqwa..
Doa 'ya Allah jdikanlah ak dan anak cucuku org yg tetap mendirikan solat' amin..
Boleh ke kita salahkan orang atas apa yg berlaku pada kita??
tak boley yee.. tak boleh.. ini semua tkdir dan ketetapan Ilahi.. ak belum cukup habis mghdapi hidup ini, msih cetek ilmu ini...
Allah yg utama dsamping menDAMBA seseorang yg dpat membimbingku, amin..
Kata seorang hamba Allah 'smoga mndapat yg faham dakwah'
(*_*)
Monday, August 8, 2011
hari pertama kepulangan
salam.. ak selmat sampai dlam jam 3:30pm.. 8/8/11 Ahad..
terus berlinangan air mata kami berpelukan... meneruskan perjalanan pulang ke rumah strusnya brbuka puasa di kg.
Ya Allah.. sepanjang bersama keluargaku, ak hnya dapat menahan air mata dan berbuat gembira... pilunya hatiku sebaik melangkah masuk ke dalam bilik yg dulunya kami bertiga dan sekarang hanya berdua. Hanya Allah sahaja yg tahu hati ku.. ak tidak bisa berkata ttg arwah adik kerana itu akn myebabkan air mata ini mengalir..
Azan maghrib, sedihnya adik dah pergi dulu ya Allah.. pkcik yg sering membeli jajan tidak termakan kerana adik sudah tiada, kami semua sudah besar, besar! aku memakan juga puding mgga itu demi myedapkan hati pakcik.. walau hatiku sebenarnya sgt pilu, smbil mkan ak menangis dan mg'cover' tangisan air mataku.
Pengagihan ole2 dari Jordan, ak memberi keluarga sedikit brang dri percutian semasa di mesir dan jordan juga... adikku form4 brkata nape bagi buku ni mcam budak2.. mak berkata lawa gelang ni tapi budak2 suka la pakai.. tahukah kalian yg sebenarnya barang2 tersebut telah kusimpan untuk arwah adik semasa sebelum adik pergi.. aku mencabut kertas brtulis 'nana' agar kalian tidak melihat itu cnderamata yg diagihkan untuk arwah adik.
Aku melihat, disegenap penjuru barang2 tinggalan adik.. hanya bisa mengalirkan air mata, pilu sungguh hati ini.. ya Allah..
aku sedang mencari 'keychain' yg ingin diberikan arwah adik kepadaku sebaik pulang ke Malaysia. Keychain trsebut dibeli ketika lawatannya ke Melaka anjuran sekolah.
Aku masih mencari....sepnjang hayat ini aku merinduimu adik
1/5/2014
