Monday, August 8, 2011

hari pertama kepulangan

salam.. ak selmat sampai dlam jam 3:30pm.. 8/8/11 Ahad..
terus berlinangan air mata kami berpelukan... meneruskan perjalanan pulang ke rumah strusnya brbuka puasa di kg.

Ya Allah.. sepanjang bersama keluargaku, ak hnya dapat menahan air mata dan berbuat gembira... pilunya hatiku sebaik melangkah masuk ke dalam bilik yg dulunya kami bertiga dan sekarang hanya berdua. Hanya Allah sahaja yg tahu hati ku.. ak tidak bisa berkata ttg arwah adik kerana itu akn myebabkan air mata ini mengalir..

Azan maghrib, sedihnya adik dah pergi dulu ya Allah.. pkcik yg sering membeli jajan tidak termakan kerana adik sudah tiada, kami semua sudah besar, besar! aku memakan juga puding mgga itu demi myedapkan hati pakcik.. walau hatiku sebenarnya sgt pilu, smbil mkan ak menangis dan mg'cover' tangisan air mataku.

Pengagihan ole2 dari Jordan, ak memberi keluarga sedikit brang dri percutian semasa di mesir dan jordan juga... adikku form4 brkata nape bagi buku ni mcam budak2.. mak berkata lawa gelang ni tapi budak2 suka la pakai.. tahukah kalian yg sebenarnya barang2 tersebut telah kusimpan untuk arwah adik semasa sebelum adik pergi.. aku mencabut kertas brtulis 'nana' agar kalian tidak melihat itu cnderamata yg diagihkan untuk arwah adik.

Aku melihat, disegenap penjuru barang2 tinggalan adik.. hanya bisa mengalirkan air mata, pilu sungguh hati ini.. ya Allah..
aku sedang mencari 'keychain' yg ingin diberikan arwah adik kepadaku sebaik pulang ke Malaysia. Keychain trsebut dibeli ketika lawatannya ke Melaka anjuran sekolah.

Aku masih mencari....sepnjang hayat ini aku merinduimu adik

1/5/2014

No comments:

Post a Comment