Sunday, December 28, 2014

Sesungot datang lagi..

Aiyoo..
I′m so sick when ` senggugut ′  is coming..
I just can′t deny it..
-------
It will be last for 3 days.. the 4th day I will be free and healthy la sangat.. My body loses it strength .. lol..
-------
I′m thinking to take pamoga? herbal drinks, what ever la~~ do them good for me? OR all I NEED TO DO is feel the pains ??
--------
GOD bless me. for the pain that I suffer..
I`m taking my nap and do nothing right now....
-----

Sunday, November 23, 2014

Kamus Loghat Pahang

Assalam..

Boleh la masukkan dalam ″gOOgle translate″ khas ″Bahasa Pahang″..

Kamus Loghat Pahang.

A
Ace - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ace cuba dulu/sama dgn ce
Aok - awak
Aokme/Awokme - kalian, anda semua
Ampuh - tenggelam

B
Babir - degil
Baler - gila, bala?
Beter - betul (Lipis/Raub)
Berderau - gotong royong
Bederun - pergi beramai-ramai
Bejehek - macam tak habis, tak selesai
Bejejet - peluh yang mencurah-curah
Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.)
Berlengging - tak pakai baju, pakai seluar sahaja
Berlemin - berminyak
Berlimbor - berjalan bergandingan, berdua-duaan, jalan bersebelahan
Biroh - gatal, miang, gedik
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Bobok - tipu, bohong (pedo'oh)
Bopeng - pokai, tak ada duit
Boleng/bole/boleir - telanjang bulat
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya)
Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?)
Berjelobei - koyak rabak, serabai
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut)
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bercemperidei - berlari dengan cepat, berterabur
Bersempudei - berserabai, terbarai, bertepek dgn kotoran
Bekeroh - berdengkur

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Caiyor - melilau, tercari-cari
Cegeng - capang (telinga)
Cemuih - bosan
Cenekang - cekam, cagu
Cekut - cakap/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Cengkelik - hampir-hampir lemas, tersedak, tak boleh bernafas
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cipot (mencipot) - lari lintang-pukang (Cth : mencipot lari kejor de anjing)
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Congkeh - cungkil (Cth : Habat het aok ni.. congkeh gigi ngan jari...)
Cuok (cuak) - takut
Cakner (cakna) -tak amek peduli, tak kisah. (Contoh: sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung)
Copeir - hampir-hampir jatuh
Condeir - duduk di hujung birai (hampir sama dgn copeir)

D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tok makan lagi? Tok dan ker?)
Di - Awak (Kata gantinama kedua) biasa digunakan di Pulau Tawar, Jerantut.
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Dimeh - sama macam Dema - biasa digunakan di belah Raub.
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
Dedeh - hiris, potong

G
Gon - awak semua (Cth : Mana gon nok pegi ni?) (biasa diguna di Ulu Tembeling)
Gohek - kayuh
Goner - macamana, bagaimana, guane(Kltn/Trg)
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Genyot - lembek (Cth : Aok rebus ubi tu sampei genyot)
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Garaih/garas - gosok dengan kasar, cuci dengan berus
Gampang - kata cacian, makian (nada gurauan)
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Ghober - terlalu teruk

H
Habat/habad - pengotor
Hamlor/Hamlau - riang
Halkoh - kain baju, pakaian, barang2 peribadi
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
Hamun - bosan, benci

J
Jabir - beg plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai
Julat - tolak
Juring - potong, hiris (Cth : Aok mkn buoh mangga ke ter? Bok keh sejuring...)
Jelun/Jelong - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala

K
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa d [truncated by WhatsApp]
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa digunakan di Temerloh)
Kantup - tutup
Kancut - pakaian
Karok - jamung, obor yg dibuat drp pelepah kelapa kering
Kair - ke air (maksudnya - pergi ke sungai; mengail, menjala dsb)
Kabir - panggil, lambai, juga salah satu cara untuk mendayung perahu
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupi - Tin
Kohoit - letih, lenguh, sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati, ketawa hingga tak boleh bernafas
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling/gembira tak terperi
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak, becak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu bukan kelat buah (Contoh: tak aci sungguh main kelat) bunyi 'e' spt cerek
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek/kerobek - membelek-belek, menyiasat
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kode - kacau (air)
Kipong/kepong - Makan buah spt jambu, mempelam tanpa menghiris, kekah
Keknya - tetapi
Ketnyer - walaubagaimanapun
Kipai - letih /lenguh tangan
Kisok - kelam-kabut
Kenit - kecil
Kederat - upaya
Kerayan - takut, cemas, bimbang (biasa digunakan di Jerantut)
Kanyo/konyo - riak wajah, bera, muka tebal

L
Lat - tenggang/jarak masa
Latur - pijak, lanyak, kerap dilalui (Cth : Habih belubang jalan ni latur de lori...)
Lagung - langgar, hantuk kepala ke dinding
Lantak - suka hati awak
Lambo - beranda rumah
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu, melekit
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Linyo - licin, bersih (Cth : Weh, pasei linyo je muke aok? Pakei susuk ke botox?)
Ledot/ledoit - pekat
Lede - cuai/tidak berhati-hati/sambil lewa
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lawas - lapang, kawasan yang luas
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
Loghat (lorat) - kalut, nak cepat
Lodek - lumpur
Lopok - bekas untuk menyimpan sesuatu (Cth : lopok pensel)
Lempoy (belempoy) - perihal kain yang bergumpal, berperenyuk
Lempat - perihal kain yang terbiar di atas lantai, biasanya kain basahan

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Muyaih - kotor, serabut
Mengelice - mengelupur
Mantul - pening-pening
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Meling - lalai, cuai
Mereloh - tidur (Temerloh, Jerantut, Raub, Lipis)
Meghetoh - tidur - sda-
Mengedam - tido (Pekan)
Meronoh - buang air besar
Meghuoh (meruah) - kentut dengan aroma paling hampuras sekali
Membeser - buang air kecil
Membute - tido
Mencayak - laju sangat (biasanya merempit)
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelatat - mengelicai
Memetat - terkena kpd diri sendiri
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala, merepek, melalut
Menginding - mengecek makanan, kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengkelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - aktiviti berkatan menangkap ikan
Menggeledeng - perihal pergerakan badan.(Cth : Bakper menggeledeng ngat ni?)
Menglekek - ketawa beria-ia, terkekeh-kekeh
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tangan tak dok diam
Melukah - kain yang dipakai terbuka
Menganjing - mengada
Motong - menoreh getah
Mamai - mimpi di siang hari, fikiran tidak stabil
M
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam0 gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail, untuk pemberatnya diikat batu atau botol.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepang - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Megok-megok - tiba-tiba, sekonyong-konyong
Malaih - malas
Mombong - penuh
Meningkoh/tingkoh - membalas percakapan, menjawab, berdebat
Mengkane - telekung sembahyang
Mentekedaghoh (mentekedarah) - mentadarah, makan
Melantok - makan juga
Merungkeh/merungkaih - memanjat (terkial-kial)
Merukeh/merukaih - tercari-cari, mengagau
Molor - bekas, balang (biasanya diisi tempoyak/bekas gula2 di kedai runcit)

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngercuk - ramai sangat (orang), penuh sesak
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
Nyonyeh - basah lejut

O
Oteing - pening lalat
Ong - awak (biasa digunakan di jaluran Sungai Tembeling)
Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)

P
Pedo'oh - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - terlebih, over (Cth : Pepalih awok ngape buat gitu..)
Podot/podok - sumbat (Cth: Usin, kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni)
Perintan/perentan - keadaan, masa (Pktn asal Ing - 'Prime Time')
Pelangkor - petir, guruh, kilat
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Pungkor - Bohong, tipu, pedo'oh
Pepoh - pukul, hentam
Pesuk - bocor, tembus

R
Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk, leka
Rege - harga
Reba - semak samun
Rompong - kemek, berlubang (Cth : Rompong kete tu kang aok lagung ke tiang)
Rengcek (ghengchek) - perihal bersembang, bising, hiruk pikuk
Rengkok (ghengkok) - perihal ketawa beramai-ramai, riuh rendah

S
Sapan/sapai - habih sut/habih reng/selesai
Sepan - tak berguna (macam hampuras)
Sede - mudah, senang (Cth : Sede sgt soalan aok ni.. bagi la yg payoh sikik...)
Sesemut - kebas kaki
Sebobot - serabut
Senyour - kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Setotok - sama, sejenis (biasa digunakan di Daerah Pekan)
Sangei - tudung saji
Sengkelen - duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt. (Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!)
Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?)
Setoho - di sana, situ ha..
Seman - terkena badi/kenan (huruf 'e' disebut spt cerek)
Sepolit - tinggal sedikit, secubit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat - kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir, juga bermaksud mengacau, menganggu, mengusik..
Sontok - habis had, suntuk
Sigung - menyiku, belasah

T
Tatin - angkat jemuran
Taki/bertaki - gaduh, berkelahi
Timbuk - kacau (gulai)
Taruk - letak
Tutuh - mencantas dahan
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek (Contoh: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie)
Tertomos/tetomoih - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak (Contoh: tok makan lagi la..kawan lapo nie)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

W
Waber/baler/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
Wokme - kalian, anda semua (aokme)
Woreh - waris, kaum kerabat

Z
Zaman Tori - zaman dulu kala/ disebut zaman Tuk Adam

Ace wokme share, bior ramei pandei cakak pahang.. ������

Seminar Sejarah Kuala Kubu

Assalam, bergambar kenangan dengan urusSetia pelajar-pelajar Darul Quran..
2 dari kanan ialah junior saya di SAMTKKB.. muda 2 tahun..

Seminar Sejarah Kuala Kubu pada 12 November di Auditorium Darul Quran JAKIM.
Antara matlamat PESKUBU ; menjadikn Kuala Kubu Bharu Garden City as a National Heritage..
Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU)

Bukan setakat jumpa junior, jumpa adik Hanum !! jumpa ustaz Zahari SKKKB 2004. Dan macam-macam .. 

Saturday, November 15, 2014

Kalau Pergi Kuala Kubu

Assalam...
Kalau pergi Kuala Kubu tulis nama atas batu ..
Galeri Seni dan Sastera Kuala Kubu Bharu ,
Majlis Perkahwinan Awah & Sha ,
Catering oleh Sesama Cafe, makcik Azzah ..
call me lol, 013-3412539,
di jalan JKR erk?
Catering Kuala Kubu Bharu ..
Galeri Sejarah Kuala Kubu ..
Pameran sejarah Kuala Kubu ..
Persatuan Sejarah Kuala Kubu ( PESKUBU )
come n join us here.. we have cafe behind the Galeri Sejarah tau...

Sunday, November 2, 2014

Persatuan Sejarah Kuala Kubu PESKUBU

PESKUBU walaupun baru ditubuhkan tapi telah berjaya menemui dan mengumpulkan fakta-fakta serta bahan-bahan sejarah yang sangat penting kepada Kuala Kubu.

antaranya:

Mengenalpasti peta empangan Kuala Kubu yang pecah circa tahun 1883.

Mengenalpasti lokasi empangan yang pecah.

Memperolehi salinan peta kuala kubu tahun 1875.

Memperolehi salinan peta lakaran kuala kubu tahun 1883

Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Lama tahun 1920an.

Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Bharu tahun 1926.

Mengenalpasti sempadan kawasan bandar Kuala Kubu lama yang tertimbus akibat siri banjir.

Mengenalpasti  mercutanda lokasi Kuala Kubu yang tertimbus.

Mengenalpasti Lokasi pekan Hulu Selangor (nama asal Kuala Kubu sebelum tahun 1880an)

Membahagikan fasa sejarah Kuala Kubu kepada tiga era ( prior to 1883, 1883-1931, 1931 to present)

Mengumpulkan salinan keratan-keratan akhbar mengenai Kuala Kubu dari tahun 1883 hingga tahun 1931.

Mengumpulkan koleksi fotograf mengenai Kuala Kubu Lama.

Memperolehi  salinan dokumen perlantikan Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.

Memperolehi salinan journal kerja Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.

Memperolehi salinan laporan kepada Residen British berkenaan kematian penduduk Kuala Kubu dan Cecil Ranking akibat tragedi empangan pecah 1883.

Memperolehi salinan arahan telegram dari Residen kepada William Ranking, Auditor Perak iaitu adik kepada Cecil Ranking 1883.

Memperolehi salinan nota atau kenyataan akhbar  kepada suratkhabar  mengenai pecahnya empangan dan kematian Cecil Ranking 1883,

Memperolehi salinan dokumen Inquest atas kematian Cecil Ranking yang ditandatangani oleh Cameron, Penghulu Garang dan Kapitan China Kuala Kubu 1883.

Mengenal pasti Kapitan China Kuala Kubu tahun 1883.

Memperolehi salinan dokumen pemberian elaun kepada Raja Sedia, ibu kepada Syed Mashor 1883.

Ada banyak lagi penemuan yang  tidak disenaraikan di sini... contohnya buku ‘Camping and Tramping in Malaya’ terbitan tahun 1890an yang memuatkan satu bab mengenai kuala kubu.....

Senarai pencapaian PESKUBU ini tak termasuk aktiviti2 seperti kerjasama dengan UM, menjayakan ‘lukisan terukur’, siri temuramah terakam dengan warga emas yang pernah hidup dizaman Kuala Kubu Lama etc......

Saturday, November 1, 2014

Berehat :P


krik.. krik..

″Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat.″

http://detikislam.blogspot.com/2012/12/subhaanallah-solat-berbahaya-bagi.html

Wednesday, September 24, 2014

Hai nasi goreng


Hai nasi goreng !!
hai nasi goreng !!
sungguh enak,
sungguh lazat,
sungguh cepat,
dimakan dengan perencah adabi,
aadaaabiii ~~~

KEEK... hello keekerS..


Tuesday, September 16, 2014

Tanda sebagai kenangan dan ingatan

Assalam, hari tu den baca buku..

antara isinya kalau kita pegi melancong kita akan beli cenderamata sebagai kenang-kenangan..
Dengan adanya cenderamata tu, contoh keychain, maka kita akan teringat kita pegi melancong dengan tengok keychain tu...

So, kita praktikkan la jugak untuk ingat insan-insan yang kita sayang, contoh letak gambor anak-beranak dlm beg dompet, bila bukak je teringat anak-beranak kat umah..

Nak letak gmbar musuh pun boleh je biar jadi pembakor semngat ? erk.. 

Ni sume saya bagi contoh je: 

ada banyak cara ikOt you all punya creativity.. 

Family frame 

Family picture in wallet
create your own family wallpaper
family pillow felt craft.


Monday, September 15, 2014

Hand break punya pasal

Assalam...

Semalam KeReTa Cikgu yang mengajar aku rosak temperature high terbakOr hangus sehari sebelom ajor aku..

Pastu guna KereTa lain cikgu tu pakai untuk ajar aku..

Bila kereta kancil lain, dapat kereTa TUA; HanD BreAk dia ketat giler huhu...
sampaikan cikgu kata dalam situasi camni ekau pakai lah kedua-dua tangan untuk turunkan brEak Tangan itu ketika ujian bukit..

Patot la Lengan Kiri aku sakit bangun pagi hari ni sb semalam ak terkandas di bukit tak lepas nak turunkan hand break..

cikgu kata nanti test JPJ pakai reTa lain-lain.. pandai2 la ekau hidup.. last kelas cikgu suruh try viva.

Sorry sb membebel dlm post ni sb aku rasa kelas2 yg lepas takda la terOk ngat rasa letih ka sakit ka.. ini perot, lengan, paha..

sian ye awok ni.. bagai nak rak aku menekan brEak Tangan itu..
Btw cikgu ckap itu antara punca calon2 gagal test, dapat kereta mcm tut tut.. teeeetttt...

Walau apa pun alasannya, lulus tetap lulus begitulah sebaliknya..

Google

Wednesday, September 10, 2014

Tak larat !!

Tak larat ni sepatOtnya tak payah cakap la kat orang kan...

Tapi, kaLo dah melampau2 kena cakap jugak, makin kurus Mia dibuatnya.. haha..

Why you gonna be so rude~

Tak Nampak Erk?

Takpe... Kalo tak nampak..aku bagi nampak..
Tu je cara nak buat orang yang tak nampak,
jadi nampak..

Erm.. senggugOt mmg tak larat, tapi takpe.. minum PamOga haha!!

Tak reti masak erk...

K fine...

Masak TeLOr, apa2 je la...
Bersihkan meja ..
Letak tengah2 meja masakan tu,
Tanpa tutup dgn tudung salji...

Bagi NAMPAK itu MASAKAN !!!

Bijak nyeeww..

Wednesday, August 20, 2014

Senyum


------
K fine aku kena senyum,
sb senyum itu charity?
-------

k fine! fine! :-l
-------
:-)
-----

Saturday, August 16, 2014

Ujian KpP 01

Assalam...

Institut Memandu Kenderaan Akademi P.S Samy Sdn. Bhd.

Ujian Bahagian 1

dengan membaca buku ``Soalan dan Jawapan Kurikulum Pendidikan Pemandu``
anda mampu tuk melakukannya..

tapi den xdapat buku tu time ceramah 6 jam.
nak pegi exam baru dapat, terOs la baca buku kecik tu, exam start 12:30 pm,
ak sampai 9:30 am.

sbelom exam ulang kaji dgn pengajar tuuu.

nak exam ikot no giliran yg akan diberikan, jenuh la nak menunggunya kalo no giliran ekau no jauh2.
komputer nya dalam 8 bijik ja.. orang nak exam sampai 100 orang...

sekali exam 1/2 jam sorang paling lama 45 minit masa peruntukan.. better makan nasik dulu kat kantin sementara nak tunggu org yg masuk exam dulu habis..

Friday, August 15, 2014

Cuaca mendung


assaalam, pagi ni bangun hujan maaa~~!!

mendung ja,

cuaca boleh mem pengaruhi emosi kot..

contohnya cuaca panas terik kat arab sana tu haa menyebabkan arab suka mengamuk, hehe..

-------------------

so pagi ni mendung marilah berdoa (hujan ini mmbawa rahmat) dan mencari kerja...
------
cilok words - Setiap apapun pekerjaan kita, maka berusahalah untuk menjadi berkat bagi orang-orang yang dilayani.


Thursday, August 14, 2014

Salad sihat

Assalamualaikum, salam kesejahteraan ke atas kamu !

Memakan sayuran atas dasar khasiat dan kebaikan
bukan atas dasar sedap or whatsoever~

Bahan2nya:

*rebus dan potong dulu. 
-Carrot
-BrokoLi
*potong 
-tomato
-jeruk zaitun hitam -I beli kat Jordan hari tu okay
-daun sup tapi mcm bukan daun sup rupa sama
Fish chip, Salad, Mashed potato
*letak 
-garam
-lemon diperah
- minyak zaitun
-sebuk lado hitam

Saturday, August 9, 2014

Letihnya

xda tukang kemas, ada benda lain yg aku lebih suka buat dari mengemas, tapi kena jugak kemas rumah , sbb ad tukang sepah, tukang bising, tukang pemalas, segala2nya ada.

takpe kalo letih rest dulu, pastu ...
Tuhan tahu..

Erm, jgn suruh aku makan macam2.. kalo ak nak ak amek, perOt ni bukan nye besar walaupun kantung perot tu boleh mengembang.

Kita tido sat..

padahal letih sebab seharian kat P.S Samy kursus pkOL
9am-4:30pm..

Pastu solat zohor kat surau dia di timur hujung dunia jauh betOL, dah tu kantin dia belah barat.

Masa solat tu ado la y dok jadi imam ngan makmum sorang , bagoih la.. yang lain tak pegi solat pu  aku tengok.. semayang balim rumah agaknya.. biasa la ko nak expect dorang ape?
aku pun dah besor takdo laa nak pelik ngat.

tido sat ngatok, 10:47pm

oh btw, baru I perasan pms la.. the pre-menstrual syndrome..

Tuesday, August 5, 2014

sewa


Cepat la nak sewa bibik,
aku dah semakin kurus x cukOp tenaga haha..

okay dah daftar belajar memandu,
aww cuak erw basic cam ape jew~

Monday, August 4, 2014

Apa yang tersembunyi


Apa yg tersembunyi ttg agenda si zionis israel dan amerika.

bawak2 muhasabah..
amek tahu, kat FB melambak, lain2 sumber,
cuma kena tahu yg sebetolnye apo..

kalo xtau, boleh je cakap, tapi jgn byk ckp apa y kau tak tau ok.

saranghea~

Saturday, August 2, 2014

Nasi Goreng udang kering

Yeayh, assalamualaikum..
Perencah nasi goreng nieyh ialah
udang kering bLend
dan jugak sedikit beLacan...
Bawang,
Cili blend sikit,
kicap,
telur hancOr,
carrot, goreng dulu.
hirisan daun sup kaLo ada.
petua: kalo nasi tuh cam keras, tabah la air sikit tau. :)

Friday, August 1, 2014

Spaghetti kuah putih

Spaghetti kuah putih atau fettucini kuah putih,
Cara-cara nya ialah:
1) masukkan butter 150gram kot, tumis bawang, then sosej/ayam + ikan tuna.. next cendawan. bagi masak ok.
2) Masukkan susu cair OR susu segar 500ml.
3) Krim cendawan, garam sikit,
4) keju tu letak 4 keping? lagi banyak lagi sedap lagi `elok` untuk kesihatan.
4) haa LADA HITAM, last skali oregano noooo.
0) Jgn lupa rebus spaghetti nye au.. 

Wednesday, July 30, 2014

Rambutan Kuning

Assalam, sekarang ni musim buah-buahan.., macam-macam ada.. antaranya rambutan kuning...
Rambutan kuning ni cam jarang nampak, tapi kaLo di kampung di dusun buah ada je di tanam..
Melihat buah rambutan ciptaan Tuhan ni ada dua colour merah dan kuning, tengOk rerambut dia, kopek kulitnya, pastu ada isi di dalamnya.. rasa dia pun menarik..
melihat rambutan dalam kaca mata yg berbeza dari sekadar melantak begitu sahaja..
erm, pasni manggis plak, pun mcm pelik tapi sedap,
Kulit dia purple gelap hiTam, tapi dalam nya putih berseri.
Rasa pun just nice manis, kebanyakannya manis dari masam.
-Kulit hitam, tapi hati bersih.

Wednesday, July 23, 2014

keOw Teow

Mak masak sedap giLeR !! I cant sTop eating it...
thnx mom..

Friday, July 18, 2014

Bulanan


Setiap bulan,
1 hingga 2 hari ATAU 3 hari aku tak larat nak buat apa-apa kerja!!
Kalau boLeh aku nak baring je rest dlm bilik termenung dan merembeskan air mata... badan rasa letih bukan sb aku malas tpi proses ape?
Aku tak nak masak bla, bla, xnak wat kerja..

TaPi  atas sebab dan keperluan yang tidak dapat dielak, kerja tetap kena jalan. sorry I can`t smiLe.

Teringat sehari sebeLom exam Bahasa Arab wajiB (killer subject student Melayu) amek di jami`ah, sakit itu tak boLeh baca buku pening. Kepada Tuhan sahaja berserah.

27 hari yang lain ALHAMDULILLAH
kuat dan sihat buat macam-macam.

Kadang-kadang orang tak faham keadaan kita, so kiTa kena explain kat orang lain bagi faham..

Sekian, terima kasih..

Wednesday, July 16, 2014

KuaH spaghetti Bolognese

Bahan2.
Daging kisOr
Tomato puree
Cendawan
Bawang besar & putih dipotong dadu kecik2
Daun sup/ origano leaves (optional)
Garam
Tomato sos / tepung jagung nk pekatkan kuah
Tomato potong dadu du du du
Air
1) Letak minyak, goreng bawang DAN tomato dadu DAN daging kisOr tu dulu sampai masak / garing.
2) pandai2 la masak haha
3) Last sekali daun sup.
-asik masak je, bosannye...

Ikan Keli Berlada

SaMBaL
Nak masak lada / sambaL ni basic thing laa..
Sape tak tau masak sambaL memang kena reject jadi caLon menantu aku. XD
Bawang besar,
Bawang putih,
Cili kisar,
air asam jawa,
Gula,
Garam.
Bukan nak kata pa, ni bahan asas perlu ade LoL nak touch up ka apa ka its up to you.
Yang penting masak dgn yakin dan beriLmu haha.

Sunday, July 13, 2014

SambaL tempe kenTang

Assalam..
SambaL +Tempe + KenTang + ikan BiLis
kadang2 + suHon..
adalah my favourite fOOd...
memang dari kecik hantu kOt lauk ni, erm...
kenTang dan Tempe dipecal bersama nasi..
makan ngan sayur..
nikmat dunia..
Tak terhingga kelazatan yang dialami..
Tapi slack kaLo kentang keras,
so make sure goreng kenTang dulu smpai masak..
sebab aku makan org lain masak kentang nya keras,
so prOses lenyek kentang bersama nasi menjadi susah...
kerana mak masak sedap, dan aku pun suka, so mak surOh belajar buat sendiri masa sekoLah rendah dulu...
smpai skunk expert la bab masak2 ni sedap giler!!
sedap giler!! lagi pedas lagi galak!!

Thursday, June 12, 2014

Diari hati pada convo day

Sakinah
<---- Ini dia awek scorer!! Bergambar bersama FatiN Syahirah cGPa mumtaz~~


Hanum dan Alia
Di sini ana nak cakap, bahawasanya ana sayang Hanum hehe..
selamat jalan Hanum, nanti bila dah lama tak jumpa, adakah masih osem conversation kita mcm kita kenal selama 4 tahun ni?? I dont know Hanum... :|


Random--- 

 EQ (Emotional Quotient) that measures "emotional intelligence" is the ability to identify, assess, and control the emotions of oneself, of others, and of groups 
                  
IQ ( Intelligence Quotient)  It refers to a measure of a person's intelligence as indicated by different standardised tests.

The IQ scores have been shown to be associated with such factors as morbidity and mortality, parental social status, and to a substantial degree, parental IQ.



ALLAH jua lah yang membuka pintu hati hamba-hamba NYA..
: )

Tuesday, June 10, 2014

Study sampai muntah


Setakat pening, demam, batok, selsema, tak sihat, kurus kering, murong, passive, lonely, meraung, menangis, meroyan, termenung, stress ni sume apa lah sangat........

sepatotnye kena study sampai muntAh barulah result jadi excellent. haha.

ye sila belajar sampai muntah-muntah, baru jadi orang hebat..

Ini adalah peringatan untuk budak bukan genius.

study
muntah

Cara mengatasi masalah jerawat


Caranya ialah.........

Menjaga kebersihan diri, ni basic thing la..

Ada banyak faktor jerawat:

1) Antaranya cuaca panas, haa bab ni memang lah tidak dapat dielakkan..
kepada Tuhan sahaja ekau berserah,
-dalam bas pulang dari Aqobah panas gilo nak mam***, naik jerawat tu yang best tu..

2) Faktor genetic? yup.. kalo ekau x nak anak ekau ad jerawat kawin ngan org muka licin haha. apakah ?

Berbalik kepada menjaga kebersihan:

1) Jangan sentuh muka dengan tangan yg kotor.
2) Kalo rasa macam muka tu dah tahap too much dirts,or oily cuci la pakai pencuci face. Letak pelembap free oil water based.

Nasihat:
-Biasanya orang2 yang ada masalah kulit muka ni antara jalan penyelesaian yang penting adalah rajin,
kalo malas memang tak dapat den nak tolong.


-Sila dapatkan nasihat pakar untuk maklumat lebih lanjut.
this link is helpful http://www.drhasseenah.com/v1/

------------------------------------------------------------

Monday, June 9, 2014

Senyuman untuk kamoo



ALHAMDULILLAH, 
gambar ni saya simpan masa 1st year ketika bertarung jiwa meneruskan kehidupan yg dirasakan jauh lagi perjalanan untuk menghabiskan pengajian.. in sya ALLAH this thursday is my turn 


abang2 n kakak2 2011 kot

Saturday, June 7, 2014

Cerita lama

Tahun 2008.. :)


http://www.youtube.com/watch?v=TFBqlZxciCk

--------------------------------------------------------


Kuih ketayap

Ganti puase, wat 
kuih melaka
kuih ketayap
keropok leko. 
good girl~~

Tuesday, June 3, 2014

hope

Hopes yeayh guide us ya Robbi!!

Pembesaran

assalamualaikum,

nak tulis diari sikit hehe,
di saat aku membesar, aku membesar dengan melihat, mendengar, dan merasakan penindasan,
ketika itu aku masih kecil mendengar penindasan,
dan tidak ada pembelaan,
aku merasa sangat sedih dengan perkara itu,
pada masa itu tidak lah pandai aku meluahkan,
maka tidak lah juga ada pembelaan,
hanya mampu ku bertahan,
memendam rasa, jiwa yang tersiksa,

tidaklah dapat ku ungkapkan di sini,
apakah perkara-perkara itu,
nyawa yang paling aku sayang,
kebahagiaan aku,
penenang jiwa aku,

:)

seiring dengan pembesaran,
ilmu di dada sedikit bertambah,
di beri izin mengenal esa ALLAH,
keadilan NYA, rahmat NYA,

semoga rahmah terus melimpah,
kepada Tuhan sahaja berserah.

nota: aku cuma teringat peristiwa lama,
tapi semua perkara ni, bukan lah alasan untuk tidak terus kuat melangkah ke hadapan.
:) jawapan persoalan yang menenangkan para jiwa2 keresahan.


Nyanyi lagu dlm bas


Sambil tengok pemandangan padang jarak padang terkukOr 
padang pasir Jordan
duduk dalam coaster
tibe-tibe mulot I nyanyi lagu ni sensorang, :P

masa kecik2 daddy pasang lagu ni dalam kereta kancil merah yg cute
untuk budak2 yg cute.


Pada Mu Kami Berserah 
Mohon Restu Dan Juga Keampunan 
Moga Bahagia Hidup Kami 
Dengan Rahmat Dan Kasih Sayang Mu 
:)

Sunday, June 1, 2014

tak perlu kenal

-Kalo aku nak start sesuatu conversation, kena ada aku dan orang tu sahaja, kalo ada orang ke-3 tambahan org ke-3 tu banyak mulut, mmg tak jalan apa yang aku nak cakap.

-I like serious conversation, tapi aku akan wat lawak secara mendatar, otak org tu akan process apa aku cakap then baru dia gelak, tapi kena pastikan hanya ada aku dan orang tu, tak leyh org len menyemak.

-aku suka org y sama fikrah dgn aku, sebab aku lebih suka berborak ttg apa yg bermain dalam otak aku, 
dan orang tu faham fikrah tu dan dapat masuk conversation tu dgn aku.

-aku syg adik I mia sebab dia jenis mengendeng kat aku, haha, aku masuk dgn org yg jenis suka mengendeng kat aku, and dorang okay je aku jenis kayu haha. 

-den jenis tak gelak kalo lawak tu tak klakar, like typical women dia akan gelak terbahak sebab kelakar, tapi ak tak gelak sebab tak klakar.

-aku jenis tak layan org suka ngacau, 

haa kau rasa? 

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/06/kelebihan-orang-pendiamjom-baca.html
http://ligakampung.com/blog/hidup-seorang-pendiam/

kalo nak masuk, jangan buat lawak, nanti krik krik ak tak layan.

What do women want?

movie: P.S I love you

Man: What do you people want? I can't figure it out.

Woman: We have absolutely no idea what we want.



note: I know what I want . heh

Saturday, May 31, 2014

How come you know?

How come you know everything I wanna do, hehe.. 
weird, you could read mine. 

:)  But I did not say anything to you,

maybe it was my acts  I used to that made you understand me, 

plus I don't care if you wouldn't care about me, understand me. 

-talk to me.

-I like pink-



Friday, May 30, 2014

Bukti

 

:D
Apa lagi bukti yang perlu aku cari untuk menerima mu,
...
Nyata keindahan iman dari NYA.

Perasaan kasih terhadap hamba-hambaNYA yang soleh.
Love from me!!

ALLAH sayang hambaNya

Assalam, sekadar peringatan dan memberi semangat,

di saat ekau merasa tidak sedap di dalam jiwa,
fikir balik peristiwa-peristiwa, perkara-perkara,
nikmat-nikmat, yang ALLAH dah bagi dekat ekau,
apa ekau tak ingat hari tu ekau dapat nikmat apo? *contoh

ni haa nikmat hidOp sihat, ada tenaga muda, kuat,
semua ada..
akak pendidik kami kata nikmat paling besor wajib disyukuri
nikmat mendapat iman & nikmat berada dalam agama Islam.

sekali lagi ana sebut, kenanglah kembali apa yang ekau mohon pada ALLAH,
dan DIA perkenan kan permintaan ekau tu...
peringatan tuk diri sendiri.

ALHAMDULILLAH HI 'ALA KULLI HAL WA NI'MAH.

Decision and risk

I'm the one who made the decision
and i'm bear to face the risks,
I can't cry or felt lonely,
or take something into heart,
cause I chose the decision,

Face everything with strong heart,
huk2 .

Thanx for the selfish personality I have gone through living with you.
that forced me to do the same way as you.

Thursday, May 29, 2014

Ketenangan



Ketenangan tu kadang didapati berada di samping orang-orang yang menjaga diri.


Tidak tenang itu apabila berada di samping orang yang tidak menjaga diri,
'mencapub' salah satu daripada erti lainnya.
Kata lain tidak tenang ialah bising. (hu ha hu ha)

Bak kata intelektual ''Kerap amat, ketenangan itu bermula dengan diam.''

Patut la kadang2 rasa tak tenang dgn org yg kuat benar bisingnye, betOl ke perasaan aku ni? 





Monday, May 5, 2014

Bosan

Bosannye dengan orang yang suka mencapub (mencari publisiti)

serious bosan,

murahan,

okay aku ada prinsip,

cara aku bukan mencapub.

zz

Kinah dan Mia


Thursday, May 1, 2014

Takkan Pisah


                                   

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku
bila nanti orang tuamu tak meredhoi
dengan apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
Kau tak kan tinggalkanku
Tak kan pernah sayangku
Janjimu Janjiku untukmu
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di syurga
Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku kemana kau mahu
Janjiku padamu
Jiwa dan ragaku
Mati pun ku mahu
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di syurga
Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku kemana kau mahu
Janjiku padamu
Jiwa dan ragaku
Mati pun ku mahu
note: aku suka melodi dia, bukan lirik dia lol!!

sometime one is better than two?

Sebaik-baik sahabat adalah 
yang sentiasa bersama walau apa jua keadaan. 
Baik sukar mahupun di waktu senang, 
dia tetap bersama kita.

Wednesday, April 30, 2014

public

as-salam :D

Setelah 2 tahun I private-kan blog ni,
sekarang I set privacy this blog into public!!

Sebab.. saya dah tahun akhir belajar di sini....
saya rasa macam biarlah blog kenangan ini tenggelam bersama masa dan kenangan indah...
indah.. :D

Lepas ni saya sibok kerja la kot, hehe, takda masa dah semua ni,
sibok anak-anak lagi, motip macam dah kawin, peduli apa aku,
tapi... dulu aku bosan giler dengar orang dok bercakap pasal kawin 24 jam padahal calon takda lagi,

jangan asyik bercakap pasal jodoh sampai kau jadi bodoh haha

kena belajar dan teros belajor pasal ekonomi dan kewangan Islam ni huhu.
waaa!! *crying, I always hope that i'm just a lil girl, a cute daughter to mom and dad,
but I dah lama kat Jordan, I wish orang tak tahu I belajar kat sini, sebab dia punya expectation high sangat!!

hoho, tanda 'alim yg jujur dia mengatakan tidak tahu kalo tak tahu , kau rasa??

1:14 am,
1st of May, 2014
Irbid,
Jordan.