Sunday, November 2, 2014

Persatuan Sejarah Kuala Kubu PESKUBU

PESKUBU walaupun baru ditubuhkan tapi telah berjaya menemui dan mengumpulkan fakta-fakta serta bahan-bahan sejarah yang sangat penting kepada Kuala Kubu.

antaranya:

Mengenalpasti peta empangan Kuala Kubu yang pecah circa tahun 1883.

Mengenalpasti lokasi empangan yang pecah.

Memperolehi salinan peta kuala kubu tahun 1875.

Memperolehi salinan peta lakaran kuala kubu tahun 1883

Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Lama tahun 1920an.

Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Bharu tahun 1926.

Mengenalpasti sempadan kawasan bandar Kuala Kubu lama yang tertimbus akibat siri banjir.

Mengenalpasti  mercutanda lokasi Kuala Kubu yang tertimbus.

Mengenalpasti Lokasi pekan Hulu Selangor (nama asal Kuala Kubu sebelum tahun 1880an)

Membahagikan fasa sejarah Kuala Kubu kepada tiga era ( prior to 1883, 1883-1931, 1931 to present)

Mengumpulkan salinan keratan-keratan akhbar mengenai Kuala Kubu dari tahun 1883 hingga tahun 1931.

Mengumpulkan koleksi fotograf mengenai Kuala Kubu Lama.

Memperolehi  salinan dokumen perlantikan Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.

Memperolehi salinan journal kerja Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.

Memperolehi salinan laporan kepada Residen British berkenaan kematian penduduk Kuala Kubu dan Cecil Ranking akibat tragedi empangan pecah 1883.

Memperolehi salinan arahan telegram dari Residen kepada William Ranking, Auditor Perak iaitu adik kepada Cecil Ranking 1883.

Memperolehi salinan nota atau kenyataan akhbar  kepada suratkhabar  mengenai pecahnya empangan dan kematian Cecil Ranking 1883,

Memperolehi salinan dokumen Inquest atas kematian Cecil Ranking yang ditandatangani oleh Cameron, Penghulu Garang dan Kapitan China Kuala Kubu 1883.

Mengenal pasti Kapitan China Kuala Kubu tahun 1883.

Memperolehi salinan dokumen pemberian elaun kepada Raja Sedia, ibu kepada Syed Mashor 1883.

Ada banyak lagi penemuan yang  tidak disenaraikan di sini... contohnya buku ‘Camping and Tramping in Malaya’ terbitan tahun 1890an yang memuatkan satu bab mengenai kuala kubu.....

Senarai pencapaian PESKUBU ini tak termasuk aktiviti2 seperti kerjasama dengan UM, menjayakan ‘lukisan terukur’, siri temuramah terakam dengan warga emas yang pernah hidup dizaman Kuala Kubu Lama etc......

No comments:

Post a Comment